NEW DELHI: Perdana Menteri baharu Pakistan, Shehbaz Sharif menjemput Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melawat negaranya semasa kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan bilateral yang lebih teguh melalui panggilan telefon.
Anwar telah menelefon Shehbaz pada Isnin untuk mengucapkan tahniah kepadanya kerana dilantik Perdana Menteri ke-24 Pakistan.
"Perdana Menteri telah mengundang Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk melawat Pakistan. Sambil menerima undangan itu, Perdana Menteri Malaysia juga telah menjemput PM Shehbaz Sharif untuk melawat negaranya," lapor agensi berita negara itu Associated Press of Pakistan (APP).
Kedua-dua mereka menekankan kepentingan pertukaran tingkat tinggi secara berkala untuk membina hubungan yang lebih utuh antara Pakistan dan Malaysia.
Selain hubungan bilateral, kedua-dua pemimpin juga membincangkan situasi di Gaza, menurut laporan APP.
Shehbaz menghadapi cabaran berat untuk menstabilkan ekonomi dan menenangkan ketegangan politik antara kerajaan gabungan yang dipimpin oleh parti beliau Liga Muslim-Nawaz (PML-N) dan pembangkang Tehreek-e-Insaf Pakistan (PTI) bekas perdana menteri Imran Khan.
Tiada parti yang mendapat majoriti mudah di Dewan Perundangan selepas pilihan raya 8 Feb lepas.
Shehbaz dipilih ke jawatan tertinggi pada Ahad dengan sokongan daripada parti-parti lain, termasuk Parti Rakyat Pakistan (PPP). - BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024
Perdana Menteri baharu Pakistan, Shehbaz (gambar) menjemput Perdana Menteri Malaysia, Anwar untuk melawat negaranya semasa kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan bilateral yang lebih teguh melalui panggilan telefon. - Gambar fail REUTERS
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif jemput Anwar lawat Pakistan
Perdana Menteri Anwar turut menjemput Ibrahim Shehbaz Sharif untuk melawat Malaysia.
Shehbaz Sharif angkat sumpah Perdana Menteri Pakistan
Shehbaz Sharif mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-24 Pakistan untuk penggal kedua pada Isnin.
Shehbaz Sharif dipilih sebagai PM baharu Pakistan
Parlimen Pakistan pada Ahad memilih Shehbaz Sharif sebagai perdana menteri ke-24 negara itu untuk penggal kedua, tiga minggu selepas pengundian pada 8 Feb.
Shehbaz Sharif diumum calon Perdana Menteri Pakistan
Pemimpin Liga Muslim Pakistan, Nawaz Sharif pilih adiknya, Shehbaz Sharif untuk mengetuai kerajaan baharu Pakistan.
9 maut dalam letupan bom angkara pengebom bunuh diri
Kejadian berlaku berhampiran daerah Sibbi, menyasarkan trak yang membawa anggota separa tentera Balochistan Constabulary.
Pakistan bergelap akibat gangguan bekalan elektrik
Gangguan bekalan di negara itu disebabkan penurunan mendadak dalam frekuensi sistem penghantaran kuasa.
Pakistan terima pinjaman baharu AS$1 bilion daripada UAE
UAE setuju menangguhkan pembayaran balik pinjaman AS$2 bilion sebaliknya memberi pinjaman tambahan AS$1 bilion kepada Pakistan.
PM Anwar terima panggilan daripada PM Pakistan Shehbaz Sharif
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif pada Rabu.
Diplomat kanan Pakistan terselamat cubaan bunuh di Kabul
Perdana Menteri Shehbaz Sharif berkata seorang diplomat Pakistan yang berada di Afghanistan terselamat daripada cubaan membunuh pada Jumaat.
PM Pakistan dijangkiti COVID-19 selepas lawatan ke London
Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif yang kembali ke Islamabad pada Isnin selepas lawatan lima hari ke London, disahkan positif COVID-19.